Imah Join Contest SEO?

SEO PRO KAS

Alhamdulillah… Syukur akhirnya usaha selama sebulan tak tidur malam dek kerana memikirkan ranking membuahkan hasil. Sahut cabaran Encik Suami dan nak buktikan wife dia boleh buat SEO. Apsal dok ulang SEO..SEO ni? SEO ni bermaksud Search Engine Optimization. Aku tak reti nak explain sebab aku bukan sifu. Apa yang pasti google memang suka lah menda2 ni.

Okay kisahnya bermula masa aku dok browse kat group denai hati macam biasa. tengok apa berita terkini. Almaklumlah sekarang ni berita dekat FB lagi cepat dari astro Awani. Tetiba terjumpa posting tentang contest SEO ni. Okay Serious, masa memula just baca biasa-biasa. Pastu tanya kat En Suami, rasa-rasa macam nak join contest ni. Apa jawapan dia. “ibu tak payah nak susah-susah join contest. Nanti ayah bagi duit belanja… Lagipun yang join semua otai-otai belaka”. Amboi suami aku ni perli-perli nampak. Aku pun sahut cabaran nak join juga.

Hari-hari aku cerita pasal SEO ni sampaikan dah habis suami aku cerita pasal hal kerja dia, aku sambung balik cerita pasal apa yang aku wat untuk naikkan ranking. Start tengah malam mula la on Laptop pastu prosek sini prosek sana. Google sini… google sana… Belajar sendiri.

Aku respect bagi semua yang join contest. Memang payah nak wat guna keyword sakit lutut ni sampai lutut sendiri pun rasa sakit…. Bosss boleh sponser 1 Pro Kas tak? Dapat wat review… Kui kui kui…. Masa minggu pertama blog aku hanya dok kat page 5-6 google. Sampai rasa give up pun ada. Time tu berlegar kat kepala otak “ibu, yang masuk tu semua yang dah selalu join contest….”  Tak boleh jadi kena gak sambung usaha wat sehabis baik.

Banyak yang aku berlajar dari blog-blog memember yang join contest. Strategy hebat-hebat belaka. Bila nak minggu ujung2 masih wat gak untuk mantapkan ranking tapi slow sikit…. Hingga la hari keputusan di umumkan. Blog aku mendapat tempat ke 2 di antara yang join contest. Syukur-syukur rezeki Allah nak bagi… Terima kasih kepada penganjur pertandingan Pro Kas dan Tahniah kepada semua yang join. Keyword ni memang mencabar. Siapa yang join sahaja yang tahu.  😀

SEO PRO KAS

Bila dah terjebak dengan pertandingan seo ni rasa nak joi jer lagi pertandingan seo yang lain. Wish me luck for the Next punya contest :

pengalaman bersama onexox

Rose Face Serum Zeeta