Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3182

Happy Birthday Imran

Happy Birthday Imran


5

Selamat Hari Lahir Akmal Imran. Alhamdulillah, syukur kerana pada tanggal 28 September 2013 genap lah setahun usia puteraku ini. Pada hari tu hanya saudara mara terdekat jer yang di jemput.

Seronok sangat nak wat birthday party untuk Imran. Siap beli barang goodie bag 2 minggu sebelum birthday. Beli topi, mask, belon, snek, air kotak, gula-gula. Boleh tahan jugak la. Yang si ayah pulak sibuk dengan banner Happy birthday ntah kat mana pulak nak di gantung nanti.

Pada pagi hari birthday Imran, Mak Tok nyer pulak bersusah-payah buat pulut kuning, rendang, serawa durian, kari ayam dan triffle. Perghhh… ni memang cucu kesayangan mak tok ni. Tak ketinggalan jugak mak ngah dan nek su dia yang belikan kek birthday. Indulgence lagi tau…. Sedap! Sedap! Sedap!

 

Tengah hari lak ayah nyer tukang meniup belon… hahaha. Gas lebih..  Gantung la bebelon semua tu kan ayah?

3

Lepas dah habis menyusun makanan dan mendekorasi rumah untuk dak comel ni. Tibalah masa yang di tunggu-tunggu. Apa lagi makan ler… Dalam pukul 3.30 petang jemputan pun datang. Bermulalah sesi potong kek. Lilin yang di nyalakan pun di tiup oleh anak jiran aku. Huhuhu pelikkan? Tak per tak kisah. Anak aku ni setaun mana reti lagi nak tiup2 lilin. Jadi tugasan tu di pikul oleh anak jiranku itu dengan jayanya.

1

Imran takut tiup lilin.

7

Sepupu-sepapat yang memeriahka suasana

 Ingatkan dah habis acara birthday ni. Alih2 kena terus gi Seremban pulak. Alahai letih tak abis lagi. Rupanyer tok pah dengan tok wan dia pun nak celebrate birthday cucu laki dia ni… Kena la bersiap gi Seremban.

Kat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada ahli keluarga tercinta. Di atas kasih sayang yang di curahkan dekat Imran. Tanpa kalian semua, aku pun belum tentu dapat jadi ibu yang sempurna. Love you all.

 6