Snovits Hydra Glow Night Essense Review

Gebukan kulit dengan Snovits Hydra Glow Night Essense.

Snovits Hydra Glow Night Essense

Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan yang berbangsa cina. Mesti seronok dapat cuti panjangkan. Mana tak nya dari khamis sampai ahad tu belum lagi campur dengan cuti sendiri. Heheheheh. Yang lain  pun boleh tumpang sekaki.

Okay memandangkan Tahun ni merupakan tahun yang membuatkan aku tergolong dalam 3 series. Huhuhu. Kedut-kedut pun dah start kat muka. Oh NO! Jadi aku ambil kesempatan untuk gunakan Snovits Hydra Glow Night Essense.

Snovits Hydra Glow Night Essense

Penjagaan kulit sebaiknya lebih penting pada waktu malam. Kerana kita pun tak terdedah pada cahaya matahari. Kulit pun dapat rehat semasa kita tidur. Snovits Hydra Glow Night Essense ini mengandungi Hyaluronic Acid, Vitamin C, Ekstrak Grape Seed dan rose essential oil yang terbukti dalam mencerahkan dan mengecilkan liang pori.

Ada dua cara penggunaan produk ni:

Cara pertama : Gunakan sebagai Essence / Serum malam. Selepas menggunakan pelembap sapukan Snovits Hydra Glow Night Essense di seluruh wajah sebagai rutin penutup dalam penjagaan kulit pada waktu malam sebelum tidur.

Snovits Hydra Glow Night Essense

hari pertama penggunaan

Snovits Hydra Glow Night Essense

selepas 5 hari penggunaan

Cara kedua : Guna sebagai masker. Sapukan Essence ini setebal 3mm dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bilas dan di susuli dengan penjagaan wajah harian.

Snovits Hydra Glow Night Essense

malam sebagai masker

Snovits Hydra Glow Night Essense

pagi berikutnya

Essence ni agak lambat sikit meresap tapi kalau dah sesuai dengan wajah. Aku okay jer. Baunya pula yang paling aku suka semestinya bau rose. Sebab ia juga mengandungi rose essential oil. Lena di ulit bauan rose. Rasa mewah sangat…

Snovits Hydra Glow Night Essense

Selalunya kulit muka aku ni sensitive terhadap serum yang ada essential oil tapi bagi Snovits ni buat muka aku kurang berminyak dan apa lebih penting ia buatkan kulit muka aku glow dan gebu. Yang membuatkan aku pelik pulak, jerawat malu nak timbul. En Suami pun perasan kenapa muka nampak gebu je. Dah sama gebu macam anak katanya. Yeay! Ibu dan Imran sama-sama gebu. 😀

Snovits Hydra Glow Night Essense

Mesti korang pun nak try kan? Snovits Hydra Glow Night Essense ni boleh di dapati di Hishop dengan harga RM168 bagi saiz 50ml. Bukan itu sahaja korang akan dapat discount 15% sekiranya gunakan code IMAHTALKS di ruangan coupon code sewaktu melakukan bayaran. Untuk pembelian barangan RM100 ke atas penghantaran adalah percuma. Apa tunggu lagi?

Jangan lupa bertandang : http://www.hishop.my
Like Hishop : http://www.facebook.com/hishopmy
Follow twitter : http://twitter.com/hishopmy
Follow Instagram : http://www.instagram.com/hishopmy