Gather2 Mimb 2013

Majlis makan2 sempena minggu last raya. Sebenarnya sambutan hari lahir aku sekali dan semperna kemerdekaan. Amboi.. Banyaknyer sempena. Nak kata open house tak jugak sebab jemput ahli keluarga terdekat dan teman seopis aku dulu. Rindu bukan main kat dia orang semua. Yerla lepas masing2 ambil V to the S to the S semua wat hal sendiri. Tak tau cerita.

a

 Antara yang terawal sampai

Hari tu la hari masing2 melepaskan geram dok sembang2, dok soal siasat. Tak kisahlah. Aku rasa hari tu cam gathering kita orang. Kami ni masing memang close gila. Dan perangai masing-masing pun gila2. Baik laki baik pompuan. Kalau pertandingan antara dept, floor kita org gak yang menang. Jenis selamba tahap kayu jati.  (Mentang2 rumah sebelah kedai perabot jati.)

b

Dah start nak posing2.

Bila dah kumpul ramai2 rasa seronok lak. Macam masih bekerja. Teringat bos2 lama. Terutama LSH yang mereka sayangi. Wah berani gitu letak2 nama orang.

j

 CCD  (apa tu?) Yang AMS sorang  tu pun ada.

c

Time Imran dah bosan (ibu still nak enterframe)

g f

                                     (Ibu… bila nak dapat susu ni?)                                                                   (Nak golek2)

h

(Ting!!! Sian anak Ibu dah lelap) Sian anak aku….

Ni paling tak di sangka. Sang2 suami boleh ngam walaupun baru beberapa kali jumpa. Itu pun time raya gak. Apa yang jadi topik perbualan dia orang? Kalau korang nak tau depa dok cerita pasal sup mamak kat belakang masjid Jalan Pahang. Ala.. yang siap ada popia basah tu.  Memang sedap sup kat situ. Nak sup apa semua ada.  Dok cerita pasal makan walaupun baru lepas makan.

d

Kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat kak Ros sekali lagi kerana membawa makanan sampingan. Cheese tart. Siapa nak order cheese tart boleh PM aku nanti aku bagi Facebook name dia. Cheese tart dia memang A punya. Terbaekkk. Macam lagu keropok moni. “Makan satu nak lagi”.

1173759_663659343645822_1184336968_n

 Antara gambar yang aku rasa paling cun.

e

Anak2 dapat duit, Ibu ayah lak yang gembira…..

Terima kasih jugak buat korang2 yang sudi bertandang. Tahun depan giliran siapa? Faham2 sudah. Tak yah tunggu open ke close dah nama raya gi jer. Hehehehe.