Eversoft Skinz UV-White Get Together

Eversoft Skinz UV White 14

Dah lama juga aku tak pergi beauty event. Baru-baru ni aku dapat join blogger-blogger semua ke Eversoft Skinz UV-White Get Together. Aku pergi atas tiket menang kat fanpage Eversoft. Kira luck la tu. Dah menang aku angkut sepupu aku sekali.

Eversoft Skinz UV White

Event kali ni bertempat di Rodaevoo, Ativo Plaza. Sampai-sampai kami di jamu dengan sarapan pagi. Kira aku antara yang terawal. Terbaik!!! Lepas menunggu kehadiran yang terhormat blogger-blogger yang lain sampai. Acara di mulakan dengan kata alu-aluan oleh emcee si cantik manis, Mei Sze. Di susuli dengan ucapan ringkas oleh Brand Manager, Alexiss Ng tentang 3 faedah produk Eversoft Skinz UV-White ni di mana ia boleh membuatkan kulit putih berseri, mencerahkan bintik hitam dan aktif memulihkan kulit.

Eversoft Skinz UV White

Aku tak tahu pun ada acara demonstrasi. Bila tengok setiap meja dah bersusun produk Eversoft, mangkuk air, cermin bagai. Dalam hati best jugak, sambil dengar penerangan boleh apply terus kat muka. Emcee, Mei Sze menyambung lagi penerangan mengenai langkah demi langkah penggunaan produk Eversoft Skinz UV-White. 5 langkah penjagaan kulit untuk mencapai wajah putih berseri seperti wanita Jepun ialah Cleanse, Tone, Whiten, Moisture dan Protect.

Eversoft Skinz UV White 12

UV White Leaflet Back

 Bukan itu sahaja. Malah acara ni di teruskan lagi dengan menjemput Josephine Lui yang merupakan Perunding Imej. Banyak tips-tips yang di berikan berkenaan bagaimana untuk memilih warna yang sesuai untuk menampakkan wajah dan memberi keyakinan bagi si pemakai. Kita boleh memanipulasikan warna pakaian yang kita pakai setiap hari untuk memberi keyakinan dan imej diri akan terselah dengan pemakaian warna-warna tertentu.

Eversoft Skinz UV White 10

Kami di berikan masa 5 minit setiap seorang untuk mengenalpasti kulit kami jenis warmth atau cool. Terdapat dua kain iaitu silver dan gold. Jika kulit kita menampakkan wajah lebih sesuai dengan warna silver bermakna jenis kulit itu sesuai dengan warna cool dan begitu pula sebaliknya. Jadi di sini kulit aku lebih sesuai dengan warna gold.

Eversoft Skinz UV White 13

Sesi terakhir, blogger-blogger semua boleh memanjakan diri dengan make-over sebelum balik. Ialah dah semua cuci muka, nampak benda yang tak sepatutnya nampak. Hehehehe. Aku pun tak ketinggalan la. Macam tak percaya dengan penggunaan ‘Star Product’ iaitu Perfect White BB Cream SPF30PA++ dapat menutup cela-cela dan parut jerawat dekat muka ni. Kulit pun nampak lembap dan glow gitu…

Eversoft Skinz UV White 11

Mungkin lepas ni aku akan buat review pasal produk pulak. Bila kulit dah putih boleh la nak cuba range EVERSOFT SKINZ Youth Recall untuk anti ageing pulak. Nak-nak masuk 3 series next year.

Eversoft Skinz UV White 1

Sebelum nak habiskan bebelan aku kali ni. Sesi ambil gambar. Semua sporting. Pose ala-ala MissWorld tau. Acara yang paling seronok dapat jumpa balik blogger Edazz Lucinda. Tapi kali dapat 2 orang lagi kenalan baru Claudine Imelda dan Yong Choy Peng. Fly-fly Butterfly.

Eversoft Skinz UV White 6

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk. Boleh layari www.eversoftskinz.jp atau like Fanpage Eversoft Skinz.

Eversoft Skinz UV White 3

Nak lebih review & tips dari Imahtalks