Egyptian Magic Cream review

Egyptian Magic Cream review


Mesti korang tertanya-tanya apa menda Egyptian Magic cream tu. Kalau korang nak tau dia merupakan sejenis krim serbaguna. Boleh di pakai dari hujung rambut ke hujung kaki. Aku mula jatuh cinta dengan krim ni masa dapat sample dari Natta Cosme. Bila tengok kesan dia menakjubkan. Aku pun tanpa ragu-ragu beli 1 jar. Kali ni aku terus ke kedai Natta Cosme di Seremban 2.

eg1

Aku wat jadi krim malam. Sapu kat muka nipis2 jer. Bila pakai 3 hari nampak pudar la sikit parut jerawat tu. Muka pun nampak lagi cerah.   Aku pun Egyptian Magic kat rambut aku yang kerinting ni. Kira Ok gak la takder la degil tak tentu pasal. Banyak kegunaan krim ni. Boleh buat sapu kat parut seluruh badan, kulit kering merekah, eczema dan ada juga yang buat sebagai lipbalm. Kira memang jimat satu jar boleh pakai untuk semua.

eg2

Ia di perbuat dari Olive oil, Bees Wax, Honey, Bee Pollen, Royal Jelly dan Bee Propolis. Bau Egyptian Magic ni lembut tak macam bau Vaseline. Bagi aku dia ada bau madu. Kalau nak cerita pasal texture dia agak tebal sikit dari vaseline. Sebelum nak sapu kat mana2, korang gosok dulu kat tangan. Bila dia panas, dia akan cair dan mudah meresap ke dalam kulit.

eg7

Aku ada buat demo sebagai make up removal. Memang berkesan. Boleh tanggal sisa kotoran. Tapi bagi aku sayang kalo Egyptian Magic nak di gunakan sebagai make up removal sebab harganya mahal.  Masa aku beli 1 jar saiz 59ml RM 89. Bergantung pada promosi.

eg5

eg3

Ni pulak nak tengok keberkesan sebagai lip balm. Bila sapu tu bibir rasa lembap. Kalau wat lip balm tak tahu berapa tahun habis? Hehehe 😛

emc2  emc1

Korang boleh dapatkan Egyptian Magic ni secara online di Hishop.

Kongsikan pendapat korang menegenai Egyptian Magic Cream di bahagian comment. 🙂

Readers Comments (4)

  1. memang mahal sebab tu beli masa promosi. Kalau tak harga dia RM 120++ tapi still mahal gak. huhuhu. kalau nak cuba saiz kecil kat Natta Cosme ada jual yang trial pack 3ml RM5. http://www.nattacosme.com/Egyptian-Magic-All-Purpose-Skin-Cream-Trial-Pack-3ml

  2. bagi akak dia tak sesuai buh kat jerawat tapi kalau kat parut atau luka jerawat dia akan cepat pudar. 🙂

  3. Kita dah lama nak beli tapi asyik tertangguh je sebab harga mahal. Kak Imah pernah tak pakai cream ni kat jerawat? Ok tak?

  4. Have my eye on this for years~ tapi mahal sangat. Huhuhu.

Comments are closed.