Cleanance Expert | Eau Thermale Avène

Eau Thermale Avene Cleanance Expert Review

Eau Thermale Avene Cleanance Expert

Cleanance Expert

Dah bertahun-tahun aku struggle nak hilangkan jerawat di muka sejak dari sekolah menengah lagi cuma beza dah tak seteruk dulu. Mungkin bila dah meningkat usia ni kurang sikit produktiviti minyak di muka. Bermacam-macam jenis ubat juga aku dah cuba dari ubat sapu sampai lah ke antibiotik. Kebanyakkannya hanya mengecutkan jerawat dan mengeringkan kulit tetapi tidak kekal. Kalau dah berhenti guna, jerawat pasti akan tumbuh balik malah sesetengah produk membuatkan jerawat lebih teruk lagi.

Cleanance Expert

Jadi aku baru cuba produk yang boleh di katakan lama juga menapak dalam industri penjagaan kulit iaitu Eau Thermale Avene dan produk yang aku guna dalama rangkaian ini ialah Cleanance Expert. Produk buatan France ini khas untuk seseiapa yang mengalami masalah jerawat, bintik hitam dan blackhead seperti aku.

Cleanance Expert

Aku guna 2 kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur. Jika produk untuk kulit bermasalah seperti jerawat selalunya akan mengeringkan kulit tetapi tidak dengan Eau Thermale Avene Cleanance Expert. Dengan tekstur bewarna putih yang ringan, tidak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit. Bila sentuh pada kulit pipi rasa lembut jer.

Gambar di bawah setelah aku menggunakan produk selama 2 minggu. Lihat perbandingan sebelum dan selepas beberapa hari aku guna. Terdapat beberapa perubahan yang memuaskan dari segi jerawat nampak semakin kecut, bonjolan merah-merah di muka semakin nipis dan parut jerawat juga semakin pudar. Wow! Baru 2 minggu jer guna. Banyak perbezaan yang berlaku. Jika aku amalkan selama sebulan? 🙂

Cleanance Expert

Cleanance Expert

Dari Cleanser hingga ke moisturiser, bauan Produk Eau Thermale Avene Cleanance Expert lembut tak seperti kebanyakkan produk untuk kulit jerawat yang lain mesti ada bau ubat atau bau kimia yang kuat. So far aku guna produk ni, tidak ada timbul radang atau makin teruk. Just nice memang sesuai dengan kulit aku setakat ni. Sebab itulah jika nak gunakan produk penjagaan wajah kalau boleh kita guna satu set dari jenama yang sama. Baru kita tau keberkesanan produk tu dan sudah pasti set itu di cipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Cleanance Expert

Nak tau maklumat lanjut mengenai produk ni? Layari Website Eau Thermale Avene atau Maklumat terkini di Fanpage Eau Thermale Avene Malaysia