DRYPERS NAIK TARAF EMPAT PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DENGAN BANTUAN ‘MOMS OF MALAYSIA’

DRYPERS NAIK TARAF EMPAT PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DENGAN BANTUAN ‘MOMS OF MALAYSIA’

DRYPERS NAIK TARAF EMPAT PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DENGAN BANTUAN ‘MOMS OF MALAYSIA’

Program Drypers Share A Little Comfort selamat dijayakan minggu lalu dengan berakhirnya kerja-kerja memperbaharui pusat jagaan anak yatim yang keempat dan juga terakhir sepanjang kempen berkenaan. Inisiatif CSR itu diadakan dengan bantuan kempen Drypers Moms of Malaysia (MOM) 2016 yang menumpukan kepada usaha menyediakan keselesaan buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Keselesaan selalu menjadi konsep teras dalam produk-produk Drypers, jadi dengan inisiatif CSR ini, niat kami adalah untuk berkongsi keselesaan dengan anak-anak yang kurang bernasib baik. Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam kediaman dengan perasaan seperti sebuah rumah, dan program ini ialah cara kami untuk membantu mewujudkan persekitaran seperti itu. Sungguh hebat apabila ramai ibu bapa penyayang yang tampil membantu kami mencapai visi ini,” kata Evelyn Chan selaku Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd (VINDA Group).

Drypers sebelum ini menyeru ahli-ahli Drypers Baby Club supaya menyumbang mata ganjaran Drypers Baby Club untuk menjayakan kerja amal tersebut. Mata ganjaran Drypers Baby Club (dikumpul menerusi pembelian produk-produk Drypers) disumbangkan dalam jumlah 100, 300 atau 500 menerusi akaun keahlian dalam talian, di mana setiap sumbangan dipadankan oleh pihak Drypers sendiri. Hasilnya, Drypers berjaya melepasi sasaran 1 juta mata ganjaran (bersamaan RM100,000) dan dana tersebut diperuntukkan untuk membaik pulih empat buah pusat jagaan anak yatim terpilih.

Pusat-pusat jagaan itu ialah Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat (Banting), Rainbow Home (Cheras), Pusat Jagaan Beribuan Kasih (Kajang) dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (Shah Alam) yang kesemuanya berlokasi di Lembah Klang dan beroperasi secara persendirian. Sesetengah kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan berkenaan adalah berusia seawal dua hingga tiga tahun.

“Penglibatan ibu bapa dalam kempen Share A Little Comfort adalah bahagian penting dalam Drypers MOM 2016. Inisiatif ini membolehkan mereka menyumbang dan melakukan perubahan menerusi sumbangan mata ganjaran Drypers Baby Club atau menjadi sukarelawan untuk membantu kerja-kerja ubah suai dan pembaharuan,” kata Evelyn.

DRYPERS NAIK TARAF EMPAT PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DENGAN BANTUAN ‘MOMS OF MALAYSIA’DRYPERS NAIK TARAF EMPAT PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DENGAN BANTUAN ‘MOMS OF MALAYSIA’

Satu pasukan dedikasi yang terdiri daripada lebih 100 orang ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia (MOM) Elaine Daly, sukarelawan, penaja, pekerja dan pihak pengurusan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd (VINDA Group) meluangkan masa untuk membaikpulih pusat-pusat jagaan berkenaan menjadi kediaman yang lebih selesa untuk dihuni 190 kanak-kanak.

Semua kerja naik taraf dibuat berdasarkan keperluan kanak-kanak yang bermula daripada kerja mengecat dan melukis mural hingga kepada membaiki tingkap, pintu, lantai dan paip air. Bersama bantuan rakan kongsi seperti Akemi, Favorita dan Khind, Drypers juga memastikan setiap keperluan penting dalam rumah diganti membabitkan perkakasan elektrik seperti kipas, penyaman udara dan mesin basuh, termasuk perabot, tikar, cadar dan langsir.

“Program CSR Share A Little Comfort sedar tentang fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat keselesaan tidak kira apa juga keadaan mereka. Paling penting adalah tentang memberikan kanak-kanak kurang bernasib baik itu dengan persekitaran seperti suasana rumah supaya mereka dapat membesar dengan baik. Ibu-ibu sangat menyokong kempen ini – hingga kepada tahap Drypers melepasi sasaran 1 juta mata ganjaran. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada pengalaman transformasi ini,” kongsi Elaine Daly selaku penyokong Drypers MOM 2016.

Share A Little Comfort ialah elemen CSR tambahan dalam kempen Moms of Malaysia yang kini memasuki tahun kedua dan secara rasmi dilancarkan pada Mei tahun ini. Bersama penyertaan ibu-ibu di seluruh negara, Drypers menekankan kepentingan berkongsi detik manis setiap hari bersama si kecil. Drypers juga dalam perancangan meneruskan kempen MOM dan Share A Little Comfort pada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada misi berterusan untuk berkongsi mesej penting dengan ibu bapa seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai jenama Drypers dan kempen ini bolehlah layari www.drypers.com.my