Natta Cosme Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner

DIY Strawberry Yogurt Mask


Bersempena Hari Kesedaran Barah Payudara. Aku rasa nak support Kempen tu dengan kaler pink sepanjang bulan Oktober ni. Sambil seronok2 surf sana-sini. Aku terjumpa cara2 nak wat mask muka strawberi yang boleh di buat sendiri di rumah.  (aku ni penggemar tegar strawberi-meri).  Aku akan kongsikan cara2 buatnyer. Ok!

Tanpa buang masa.

Langkah satu : Sediakan 3 biji strawberi masak, 2 sudu besar Oatmeal (korang nanti beli yang murah jer. sbb nak pakai kat muka), 2 sudu besar yogurt asli atau plain yogurt dan last sekali 1 sudu besar madu.

b

(meja tak clear lagi! maaf yer kak jah)

Langkah dua : Hancurkan strawberi guna garpu (nak guna mixer pun boleh). Tapi dah 3 biji jer lenyek jerla guna garpu. Strawberi yang masak tu lembut sangat. Senang nak lenyek.

bc1

Langkah tiga : Gaulkan semua bahan yang aku senaraikan tadi. Kalau aku memula aku letak yogurt, pastu madu dan last sekali baru buh oatmeal. Kacau sampai sebati. Texture dia akan jadi likat bila buh oatmeal.

a

Nampak macam boleh terus makan. Hahaha.

Langkah terakhir : Tak der apa dah….  Apa tunggu lagi? amik menda ni lumur la kat muka. Bila pakai masker ni bawak2 baring kalau dak habis jatuh masker tu. Jenuh lak nak kutip…. Biar la kat muka dalam 15-20 minit.

d

aku buh tebai2.. relax jap!

Bila dah rasa nak kering tu boleh dah cuci muka. rasa2 dah bersih lap muka kekering, cecepat la sapu toner, moisturiser atau senang sekali serum. Sebab bila pakai masker tadi. semua minyak2 dan kotoran kat muka di serap oleh masker tadi. Macam oatmeal tu. Kalau makan boleh kurangkan kolestrol dan lemak. Bila sapu kat muka dia akan serap minyak muka kita. Jadi time ni sesuai la kita cover balik muka kita dengan serum tadi. Ia akan cepat meresap ke dalam kulit kita.

Rasa2 rajin Cuba try!

*khidmat pesanan imahtalks.com, kalau korang alergi pada buah strawberi tok sah gatai nak pakai…. keserasian kulit manusia berbeza2. So far bagi aku ok jer. Dah dua kali wat 😛