Crabtree and Evelyn Typewriter Project | imahtalks.com

Crabtree and Evelyn Typewriter Project


crabtree1

Bau haruman segar dan memberikan kelembapan maksima? Aku mula terbayangkan aroma bunga-bungaan. Erm… Begitu mataku menangkap bayangan tiub logam yang vintage, aku langsung tergoda oleh pesona ala-ala Inggeris. Kemasan ungu lembut itu sendiri sudah merupakan pemandangan yang menenangkan, dan aku bahkan tidak boleh menolak pada aroma lavender yang belum pernah aku rasai sebelum ini! Berpuisi pulak tengah-tengah hari ni…. Hehehehe.

10151973_771374272875701_1834859995_a

Bila bercakap pasal Crabtree and Evelyn, siapa tak kenal dengan logo kerawangnyer dan produk yang paling di gilai ramai iaitu Hand Theraphy. Bagi aku, aku sukakan bau lavender. Jadi aku akan review sedikit mengenai koleksi penjagaan tangan yang berbaukan lavender. Saiz tiub ini sungguh sempurna dan mudah di simpan dalam bag tangan. Ini membuatkan aku menggunakannya beberapa kali jika sibuk keluar. Dengan cuaca yang panas di Malaysia ni aku rasa memang sesuai untuk pakai krim tangan supaya tak nampak tangan tu kering dan berkedut sebelum usia.

755bcb6a12a3c8ae8b1c93d05ec3970b

 

Kandungannya mengunci kelembapan dengan minyak kacang macadamia, mentega shea dan minyak lavender. Krim intensif ini menyuburkan kulit supaya ia nyata licin selepas setiap kali pemakaian. Kaya dengan vitamin E dan paling pasti di rumus tanpa minyak mineral, parabens atau Propylene glycol. Tekstur dan konsistensinya cukup menarik, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu cair. Krim tangan tidak perlu terlalu likat kerana ia membuatkan tangan terlalu berminyak dan melekit. Ianya “just nice” untuk membuatkan tangan aku lembut dan terhindar dari kekeringan akibat pancaran matahari.

 

Pada permulaanya, tangan aku rasa sedikit melekit tetapi krim ini menyerap dengan begitu cepat sekali setelah beberapa kali gosokkan. Aku secara peribadi lebih suka tiub logam dibandingkan dengan tiub plastic kerana aku boleh gulungkan tiub ini dan picitkan krim sehingga ke titisan yang terakhir. Betul tak? 😛

523535_593757377304059_1081353588_n

Secara keseluruhan, aku benar-benar kagum dengan krim tangan ini. Iyalah… packaging yang cantik dan aroma ketenangan dengan krim pelembab mewah yang membuat tangan aku lembut dan halus! Lavender adalah salah satu aroma yang paling popular dalam kalangan aromaterapi, dihargai untuk efek menenangkan dan santai pada fikiran dan tubuh. Sebagai penggemar lavender sendiri, aku harus mengatakan bahawa Crabtree & Evelyn telah menemui aroma lavender yang luar biasa!

Boleh di dapati dalam saiz 50g – RM48 dan 100g – RM78

crabtree2

Dapatkan segera di stor berdekatan.

Maklumat lanjut mengenai produk : http://www.crabtree-evelyn.com.my/

Update terkini dan promosi : https://www.facebook.com/CrabtreeEvelyn.my