Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask Review

Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask


Siapa pernah tengok cerita dulu-dulu Dayang Senandong? Atau Sumpahan Orang Minyak? Heheh ni bukan review pasal cerita zaman tv hitam putih tapi review pasal produk kecantikkan dari Coni Beauty iaitu Beauty Whitening Black Jelly Mask.

 Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask

Apa yang menarik pasal Coni Beauty Whitening Black Jelly mask ni, ia berwarna hitam gelap yang berkilau. Masa nak buka penutup bekas comel ni. Perghhh… memang wangi semerbak. Bau ros. Mana taknya memang ada kandungan Black Rose Essence. Favourite! Manfaat dari Essence ni membuatkan kulit menjadi cerah dan mempunyai efek pemutihan semulajadi. Tekstur pulak tak melekit macam sesetengah jelly mask.

Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask

  Yang paling aku suka pasal mask ni walaupun warnanya hitam Tapi hasil dia memang superb. Boleh buat kulit muka cerah bercahaya. Sebab kandungannya ada Black Diamond Charcoal yang boleh di perkaya dengan kuasa pemutihan, pelembapan nutrient dan boleh mengawal minyak berlebihan. Tengok saiz bekas Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask nampak kecil je. Tapi aku rasa boleh pakai untuk 2-3 kali bagi aku. Jimat…jimat…

 Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask

Cara nak pakai. Seperti biasa cuci dulu muka. Kemudian lumur kat wajah. Biarkan dalam masa 20-30 minit. Cuci wajah dengan air suam. Dalam hati aku rasa mesti susah nak cuci Coni Beauty Whitening Black Jelly sebab warna hitam tapi jangkaan tu salah. Bilas dengan air pun dah hilang mask tu tanpa meninggalkan kesan. <3

Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask  Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask

Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask

Ini gambar selepas dah cuci muka. Nampak tak kulit jadi makin cerah plus berkilau. Blink..Blink!

Untuk nak dapatkan mask ni. Korang boleh layari Hishop. Ada yang versi putih namanya Coni Beauty Nymph Chewy Cool Jelly Mask 20ml. Kalau nak tau lebih lanjut cer tengok website dia orang. Harga kasih sayang yang berbaloi-baloi. Dengan saiz 20ml pada harga RM6.90.

Nak diskaun? Just key in IMAHTALKS untuk dapatkan 15% rebate.

Jangan lupa bertandang : http://www.hishop.my
Like Hishop : http://www.facebook.com/hishopmy
Follow twitter : http://twitter.com/hishopmy
Follow Instagram : http://www.instagram.com/hishopmy