Bulan PLAY-DOH Membentuk Kepelbagaian Komuniti untuk The Malaysia Book of Records

playdoh

play doh month

Salam semua. Masih ingat lagi tak post yang aku buat mengenai Sambutan Bulan Play-Doh. Okay pada hari sabtu yang lalu aku bersama anakanda dan suami tercinta telah menerima jemputan sempena Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama. Banyak persembahan menarik dan ukiran yang berwarna-warni pada minggu itu, di mana semua seisi keluarga dapat mencipta rekaan PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama dapat berseronok dengan mengikuti pelbagai aktiviti menarik!

play doh month

Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut teruja dalam acara besar-besaran ni. Pada hari itu juga setiap orang yang mendaftar akan di berikan 3 warna Play-Doh yang berlainan untuk  menyertai aktiviti rekaan ukiran. Apa yang menarik, kompaun PLAY-DOH® boleh di olah dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk yang di inginkan. Dengan cara ini dapat memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi masing-masing.

playdoh month

Aku dan Imran tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Doh Doh. Maskot PLAY-DOH® ini juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja ingin bergambar bersama.

playdoh month

Selain itu, kanak-kanak  juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School seperti melakukan eksprimen di tapak permainan bebas, mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe.

playdoh

playdoh month

Setiap ukiran yang di hasilkan akan dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti di Malaysia. Pada kemuncak sambutan itu pula adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari.

playdoh

Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.

playdoh month

Imran tengah fikir nak reka apa.  🙂

playdoh month

Ketupat Imran (Dengan bantuan ayah) 😀

playdoh month

Kura-Kura Ibu

playdoh

Antara Top 10 Bagi setiap kategori

Pemenang bagi Ukiran Paling Cemerlang Play-Doh telah dicipta dan diumumkan pada hari itu juga. Mereka ialah Aina Qistina yang berusia 7 tahun dengan ukiran (bakul buah-buahan tempatan) dan seorang lagi ialah Alvin Teoh seorang ayah yang berusia 36 tahun dengan ukiran (patung Doh Doh).

playdoh

playdoh

Akhirnya kami sekeluarga turut menjayakan dalam membuat rekod kebangsaan untuk “Most Number of Play-Doh Sculptures Created in an Event” dengan jumlah sebanyak 1899 arca.

playdoh

Memang seronok ada aktiviti seperti ini. Harap-harap akan di adakan setiap tahun. Bukan sahaja dapat memupuk kreativiti berfikir malah ibu bapa juga dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan yang paling penting dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak.

bulan play doh

Website : Play-Doh Malaysia

#playdohmonth2015

2 Comments on Bulan PLAY-DOH Membentuk Kepelbagaian Komuniti untuk The Malaysia Book of Records

Comments are closed.