Bio Essence 24K Bio Gold Water

Bio Essence 24K Bio Gold Water


Bio Essence 24K Bio-Gold

Pada zaman dahulu, Emas adalah simbol belia ia telah di gunakan oleh permaisuri dan kerabat diraja untuk mengekalkan kemudaan dan glamor mereka. Dengan manfaat yang luar biasa, emas telah terbukti sebagai produk yang ideal untuk kekal muda sehingga ke hari ini .

Bio Essence 24K Bio-Gold

Itu cerita zaman dahulu. Sekarang dah banyak produk yang menggunakan serbuk emas. Antara produk yang aku nak ceritakan pada kali ini ialah 24K Bio Gold Water, produk terbaru dari Bio Essence.
24K Bio Gold Water ni juga di kenali sebagai essence / losyen / serum . Ia mengandungi jumlah yang tinggi daripada kepingan emas tulen sehingga 98%, yang sangat berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisme kulit dan merangsang pembaharuan sel. Selain itu, Ia juga menghidrat, melembapkan kulit dan menjadikan ia tidak melekit.

Bio Essence 24K Bio-Gold

Kebaikan 24K Bio Gold Water:
Mengetatkan liang pori untuk tekstur yang halus dan licin
Meningkatkan keanjalan kulit untuk mencegah kendur
Menganjalkan kulit sehingga menentang kedutan dan garis-garis halus
Mengawal kelembapan dan imbangan sebum
Kulit kelihatan muda dan sihat
Mengembalikan kulit yang semula jadi bercahaya

Cara penggunaan 24K Bio Gold Water :-
Gunakan dua kali sehari, pagi dan malam. Selepas membersihkan muka, curahkan 24K Bio Gold Water yang mencukupi ke tapak tangan, kemudian tepuk perlahan-lahan di sekitar muka dan leher sehingga diserap sepenuhnya.

Bio Essence 24K Bio-Gold

24K Emas adalah logam yang paling lembut dan paling mudah dibentuk, dan dengan itu boleh dibuat ke dalam kepingan halus untuk produk penjagaan wajah. Apabila kepingan ini diserap oleh kulit, ia mengeluarkan emas aktif yang kaya dengan ion dan mineral surih yang kemudiannya menggalakkan peredaran oksigen dalam darah, seterusnya meningkatkan metabolisme kulit. Ia juga merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang sudah ada di kulit , dan meningkatkan kolagen untuk sentiasa kekal muda. Sudah pasti ia mampu untuk menentang tanda-tanda penuaan seperti kulit kering / kusam / kedut .

Terdapat juga produk-produk lain dalam rangkaian ini seperti 24K Bio Gold Platinum Dual Cream, 24K Bio Gold Platinum Dual Eye Cream dan Skin Radiance Cleanser

Bio Essence 24K Bio-Gold

Apa yang korang semua fikirkan lagi. Dengan semua faktor-faktor ini digabungkan dalam 24K Bio Gold Water, tercapailah impian untuk memiliki kulit yang muda sempurna dengan mudah!

Bersaiz 150 ml – RM92.90

Bio Essence Malaysia

Kerap sakit lutut? Meh baca sini punca sakit lutut.