Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) Mask

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) Mask


Salam semua. Bertemu lagi kita dalam rancangan mari meriew. Huk-huk… Okay pada kali ini aku di beri kesempatan untuk mencuba produk Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry). Macam tau-tau yang aku ni suka pakai mask. Teruja sungguh aku nak cuba.

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) 1

Seperti biasa aku akan cuci muka dulu sebelum pakai mask. Yerla, baru senang zat-zat serum dia meresap ke muka. Mask Bidanpo Acaiberry ni mengandungi Euterpe Oleracea iaitu ekstrak buah-buahan dan ekstrak buah Vaccinium Angustifolium ( blueberry ). Permukaan Tencel selulosa semula jadi yang unik adalah sangat mudah di pakai pada wajah. Berguna sebagai penjagaan kulit yang intensif dan menyerapkan Essence diperkaya dengan lembut.

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) 2

Bila koyak sahaja pack ni bau berry dah mula berlegar-legar kat hidung. Sedap jer bau macam nak makan. Masa buka lipatan nak letak kat muka. Essence pada mask ni tak terlampau melekit. Macam sesetengah produk yang guna Essence dia terlampau banyak sampai rasa tak selesa pada muka. Rimas! So untuk Bidanpo mask ni Just nice.

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) 5

Okay untuk cara penggunaan pula. Langkah pertama – cuci muka dan sapukan toner. Baru letak mask ni pada muka. Langkah kedua – Biarkan mask selama 15-20 minit. Langkah ketiga – Tanggalkan mask ni dan jika ada lebihan essence tepuk-tepukkan pada wajah agar dapat di serap dengan sempurna.

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) 3

Bagi aku walaupun kita pakai hanya 15 – 20 minit pada waktu malam. Muka aku tetap nampak lembap dan glowing pada keesokan harinya.

Bidanpo Mediental Botanic Garden Mask (Acaiberry) 4

Nak try mask ni? Senang jer boleh dapatkan di sini pada harga RM4.50 sekeping. Bukan itu sahaja sahaja. Pembaca blog juga boleh dapat rebate 15% dengan hanya gunakan code IMAHTALKS pada link pembayaran.

Jangan lupa bertandang : http://www.hishop.my
Like Hishop : http://www.facebook.com/hishopmy
Follow twitter : http://twitter.com/hishopmy
Follow Instagram : http://www.instagram.com/hishopmy