Bersuka-ria di Legoland & Puteri Harbour. YeeeHaa~ | imahtalks.com

Bersuka-ria di Legoland & Puteri Harbour. YeeeHaa~

Legoland MalaysiaLegoland Malaysia

Bulan Disember ni memang bulan cuti-cuti Malaysia buat kami sekeluarga. Mana taknyer. Si ayah sibuk nak bawak Imran pergi Legoland. Ibu pun tumpang gembira. Kami bukan pergi bertiga tapi berkejap nak kira… Bertujuh dengan sepupu Imran sekeluarga…

l1

Kami menginap di Homestay sahaja sebab malas nak book hotel time cuti sekolah faham-faham jerla. Duduk 3 hari 2 malam. Hari kedua di Johor kami pun dah tak sabar gi Legoland.  Berposing sakan la aku dengan lego-lego yang ada kat situ. Nak main pun tak seronok Imran tak boleh nak main menda-menda kat situ. Hanya naik kereta api jer..  ini baru wwoot woot!

l3

   l2 l5

 

Hari ketiga kat sini pulak kami pi Puteri Harbour kat sini korang jumpa Hello Kitty, Barney, Thomas and Friends, Pingu dengan Angelina Ballerina. Aku ni memang peminat tegar Hello Kitty. Gila tak minat. Aku rasa aku yang paling seronok bila pergi kat situ. Wah beshnyer… Masuk rumah Hello Kitty dari bilik tidur, bilik mandi, dapur, sampai ke tempat buat kerja. Semua Hello Kitty…

hk1

hk2 hk6  hk5

Sempat gak gi tengok Hello Kitty punya show. Bila dah habis menderu bebudak gi salam. Aku pun nak sebenarnya tapi malu lak kang tersesat lak sorang mak budak kat situ. Memang senyum lebar la aku kat situ. Suami pun perasan. Lepas tu tengok Barney show. Last sekali kami gi naik Thomas and friend. Keretapi jugak… dah itu jer yang Imran boleh naikkan. Woot Woot!!

hk9

hk7

jpo

Dah puas berjalan kami pergi JPO. Johor Premium Outlet. Kat sini katanyer kalau beli baju, seluar, handbag dan kasut murah sikit dari biasa sebab bebas cukai. Sang Ayah sempat rembat 2 bag. Yang  aku pulak tak tau apa nak beli. Just cuci-cuci mata jer. Apa yang pasti cuti-cuti Malaysia memang menyeronokkan. Siapa kata bercuti kat Malaysia Bosan. Gi dulu baru tau… Ok that’s all for now. Imran pun dah terjaga. Nak kena buat susu.. Chow…