Bengkel Mamil® MomMe Saturdays

Mamil MomMe Saturday_Logo

Pada hari sabtu yang lepas, aku dan ibu-ibu blogger yang lain dijemput untuk menyertai bengkel Mamil® MomMe Saturdays dalam menyokong para ibu dalam perjalanan mereka dengan kepakaran dalam penjagaan dan nutrisi kanak-kanak. Dalam bengkel ini para ibu dapat berkongsi pengetahuan mengenai isu-isu lazim berkaitan nutrisi anak-anak kita.

mamil momme2

Acara di mulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd, Caroline Yap. “Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu dan menyokong mereka untuk mencapai potensi tertinggi dalam penjagaan anak-anak mereka. Siri bengkel ‘Mamil® MomMe Saturdays’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati sesi memanjakan diri yang ditawarkan tetapi juga dapat mempelajari perkara yang bakal membawa manfaat dalam kehidupan harian”, katanya.

mamil momme6

Selain itu, peserta-peserta yang hadir berpeluang berjumpa dengan Jacki Siew, seorang jururawat dan bidan berdaftar (Britain) dengan pengalaman selama 15 tahun memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema. Berdasarkan hasil kajian Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini, topik-topik tersebut merupakan masalah utama kepada kebanyakan ibu. Dengan peningkatan kes denggi di sekitar Lembah Klang, Jacki turut menasihatkan ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor, mengetahui perbezaan di antara demam dengan demam denggi, serta cara-cara ibu boleh melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi.

Dapat hadir ke bengkel seperti ini memang dapat menambah ilmu, yang mana betul yang mana tidak cara kita menjaga anak yang demam. Contoh yang di berikan : sekiranya anak demam panas jangan kita letak air sejuk atau ais di kepala anak kita kerana otak akan menghantar signal supaya menambahkan lagi suhu panas pada badan kita. Sebaiknya guna span basah ( air suam / air biasa tidak sejuk) untuk mengelap badan anak kita itu.

mamil momme

Aktiviti menarik bersama ibu-ibu.

Acara MomMe Saturday Mamil® yang diadakan pada julung kalinya dihadiri oleh 30 ibu. Para ibu yang bertuah telah mendapat peluang berbual mesra dengan Aishah Sinclair, DJ MIX FM serta pengacara sesi tersebut. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.

mamil momme8

mamil momme7

Sempat juga aku berkenalan dengan blogger yang lain. Acara juga di akhiri dengan bergambar berkumpulan dan makan tengahari.

mamil momme5

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Mamil®, sila layari laman sesawang www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.

 Dumex Mamil Logo