Bengkel bersama Johnson’s Baby dan Doktor Budak. | imahtalks.com

Bengkel bersama Johnson’s Baby dan Doktor Budak.


Pada hari sabtu baru-baru ini, aku telah di jemput untuk ke acara Johnson’s Baby dan Doktor Budak sempena bengkel  “ARE YOU CARING FOR HIS SKIN THE RIGHT WAY?”.  Bengkel ini di adakan untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut pada siri jelajah Urban Mom 2014.

Urban mom

Dalam acara ini mereka tampilkan dua orang pakar pediatrik,  iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling, yang memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada para ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka.

Pix 2 - Speakers - Urban Mom 2014 with Johnson's Baby

 Ada juga tips-tips menarik yang boleh korang semua cuba untuk bayi korang :

  • Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.
  • Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.
  • Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk.

dinas

 

 Bukan sahaja Doktor malah mereke juga turut mengundang Dynas Mokhtar dan berkongsi pengalaman sendiri dalam menjaga kulit bayi. Kata Dynas, “Mandi dengan mandian Johnson’s® Baby Top to Toe Wash disusuli pula dengan Johnson’s® Baby Lotion sentiasa menyebabkan bayi saya riang seharian, dan pada waktu malam saya mandikan mereka dengan Johnson’s® Baby Bedtime Bath dan disusuli dengan Johnson’s® Baby Lotion sebelum mereka masuk tidur.”

Pix 6 - Baby Massage - Urban Mom 2014 with Johnson's Baby

Bengkel ini diakhiri dengan acara kemuncak petang itu, iaitu  demonstrasi urutan bayi! Syok jer tengok real baby kena urut.

Pix 1 - Group Shot - Urban Mom 2014 with Johnson's Baby

Untuk ibu-ibu yang tercari-cari maklumat mengenai kesihatan bayi dan kanak-kanak, korang boleh layari www.doktorbudak.com. Kat sini korang boleh dapatkan nasihat secara percuma. Di uruskan oleh panel pakar perubatan sukarelawan yang terdiri daripada sekumpulan pakar pediatrik, doktor gigi pediatrik, pakar bedah pediatrik, pakar dermatologi pediatrik, pakar psikiatri kanak-kanak, pakar terapi pertuturan, ahli farmasi dan pakar pemakanan.

baby johnson2

Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com