BeautyMate Purifying & Hydrating Nano Mask & Toner Review Natta Cosme

Hari ni aku rasa gembira sangat dapat parcel dari Natta Cosme. Aku memang suka sangat produk yang di jual oleh dia  orang ni. Sampai aku sanggup cari kedai Natta Cosme di Seremban 2. Kali ni, aku bukan hanya dapat produk malah aku juga di lamar menjadi Beauty Ambassador. Sangat-sangat teruja. Tapi itu topik utama. Huhuhuhu.

beautyambassador_final1

Jom kita tengok apa dia yang aku terima pada kali ini. Sebaik buka sahaja penutup kotak  terdapat 2 produk dalam kotak ajaib Natta Cosme iaitu Beautymate Purifying & Hydrating Nano Mask 25g dan Beautymate Purifying & Hydrating Nano Toner 120ml. Bertemakan warna putih kuning beautymate purifying and hydrating memang betul-betul membuatkan aku tak sabar nak cuba produk ni.

3

Aku ni memang hantu mask sedia maklum. Jadi aku cuba mask dahulu. Sebelum apa-apa nak letak kat muka ni pertama sekali cuci muka dulu. Baru serum-serum atau pelembap semua dapat meresap pada kulit yang bersih. So dah habis cuci muka aku pun memulakan sesi menampal mask. Mask ni siap boleh adjust lagi ikut bentuk muka. Muka lonjong ke bujur sirih ke semua boleh pakai. Kandungan dalam mask ni ada Asid hyaluronik dan kolagen yang merupakan agen pelembap yang dapat membantu melembutkan tekstur kulit. Manakala Ginkgo Biloba Leaf Extract memberikan kesan pemutihan. Serbuk mutiara mengandungi marin mikro elemen dan boleh membantu untuk menyejukkan dan menenangkan kulit serta mengurangkan kedutan. Banyak juga kebaikkan mask ni.

1

Memang sejuk bila masa letak kat muka. Arahan dia suruh pakai 15-20 minit tapi aku pakai 30 minit dah agak-agak kering baru aku tanggalkan. Untuk mask ni aku dapati memang memberi kesegaran yang optimum dan kulit nampak lembap. Kalau nak muka cerah dan segar kenalah pakai mask 2 kali seminggu. Harga bagi Beautymate Purifying & Hydrating Nano Mask  ni ialah RM 36.90 sekotak. Terdapat 7 keping di dalamnya.

1b 1d 1e

Beralih kepada produk utama iaitu Beautymate Purifying & Hydrating Nano Toner. Toner ni di datangkan dalam saiz 120 ml. Texture berwarna air jernih macam kebanyakkan toner. Baunyer tak tengik seperti sesetengah toner yang berbau alcohol yang kuat. Bau harum bunga yang lembut membuatkan aku nak pakai selalu. Macam dalam arahannya bagitau sebaiknya dua kali sehari pagi dan malam. Cara gunakan: Basahkan kapas dengan toner sapukan pada muka dan leher.

5 5a 5c

Bagi aku dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ni aku selalu basahkan muka aku dengan toner ni. So aku beli botol kosong dan isikan toner ni dalam botol kecil untuk aku bawa travel. Aku buat sebagai mist muka. Bila rasa kulit kering atau letih. Aku akan spray kat muka 2-3 pump. Setelah dua minggu aku guna. Aku dapat rumuskan kulit aku semakin lembut dan lembap. Seperti dapat minum 8 gelas air sehari. Memang fresh.

 5d 5e

Harga bagi Beautymate Purifying & Hydrating Nano Toner 120ml ialah RM 49.90

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Beautymate ini korang boleh dapati di http://www.nattacosme.com/BeautyMate

Jangan lupa bertandang : http://www.nattacosme.com
Daftar Akaun : http://www.nattacosme.com/register
Like Natta Cosme : https://www.facebook.com/NattaCosme
Follow Instagram : http://www.instagram.com/nattacosme