Avon Kiss Goodbye To Breast Cancer 2013 | imahtalks.com

Avon Kiss Goodbye To Breast Cancer 2013


Sambutan untuk menentang Kanser Payudara ini di buat pada bulan Oktober. Avon Malaysia dengan kerjasama LPPKN telah menjelajah ke seluruh Malaysia bagi memberi peluang bagi wanita-wanita untuk membuat pemeriksaan payudara secara percuma. Ia merupakan subsidi daripada kerajaan.559805_10151854831154931_167721706_nJelajah Avon bermula dari 5-27 Oktober.

Aku pun tak ketinggalan menyertai kempen tersebut. Aku pergi pada 20 Oktober, event kat Sungei Wang Plaza. Beriya-iya aku mintak En Suami ngantar hari tu. Tak ramai sangat pada waktu aku gi tu. Yerla pukul 2.30 ptg.

avonkgbc3

Amik gambar depan bas. Kaler pink gitu!!!

Macam-macam acara ada pada hari tu. Ada Medical Check Up, Charity Sales, Free Gift, Lucky Draw dan hiburan.

Masa sampai-sampai aku terus menonong gi kat kaunter check up tu. Yer la lama gak aku tak check gula dan tekanan darah ni. Alhamdulillah semuanya normal. Amin!

av1

Nurse dari Columbia Asia Danau Kota Setapak

av2

Kalau korang nak tau kempen ni akan di masukkan dalam The Malaysia Book Of Record sempena Malaysia’s Largest Mobile Breast Cancer Check up October 2013. Hebatkan?

av3

Sambil beratur tunggu giliran. Rasa terhibur dengan persembahan baskin 3 anak muda ni. Takder la bosan sangat menunggu. Siap boleh nyanyi sama-sama.

av4

Dah habis wat check up semua. Bergambar la kami 3 beranak kat booth Avon tanda sokongan kami sekeluarga.  Seronok anak bujang aku dapat belon. huhuhuh…  Aku dah…  Korang bila lagi?