Sambutan Bulan PLAY-DOH

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan

Play-Doh

Play-Doh

Siapa minat main Play-Doh? Aku pernah dapat hadiah Play-Doh dari makcik aku masa sekolah rendah dulu. Happy tak terkata dapat set tanah liat yang berwarna-warni. Bila tengok sekarang pun packaging Play-Doh masih kekal dalam bekas plastik yang sama. Baunya yang macam vanila pun masih sama, mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik main Play-Doh ni dulu.

Play-Doh

Kalau korang nak tahu selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. Bayangkanlah aku sekarang pun dah ada Imran. Memang Play-Doh satu mainan yang seronok dan mengasah bakat kreativiti.

Bersempena dengan bulan Play-Doh pada bulan ni. Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa di berikan kesempatan untuk menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dengan menggunakan PLAY-DOH®. Tidak kisah nak buat samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Play-Doh

Samada korang mencipta benda yang baharu atau mereka cipta semula yang sedia ada, korang turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records di mana ia untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari yang akan di adakan pada 26 September (Sabtu). Ciptalah sekreatif yang mungkin kerana rekaan PLAY-DOH® korang akan dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan yang paling istimewa di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! Tak sabar pulak nak sertai.

Tiada hadnya bila korang berimiginasi dengan Play-Doh. Korang juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa kerana PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Play-Doh

Luangkan masa bersama keluarga dalam “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Ni contoh yang aku cuba buat bersama anakku Imran. Semuanya simbolik kepada 4 perayaan utama di Malaysia.

Play-Doh7

Seperti ketupat. Simbolik kepada perayaan bagi kaum Melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Play-Doh

Limau Mandarin bagi perayaan Tahun Baru Cina

Play-Doh

Pelita bagi perayaan Deepavali

Play-Doh

Tak lupa juga pada bangsa Serani yang menyambut perayaan Hari Natal.

Play-Doh

Semua ni simbolik warni-warni kehidupan yang menunjukkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Imran pun seronok dapat bantu ibu meng-uli Doh ni.

Pesanan khidmat masyarakat dari aku sendiri :p Awasi anak-anak masa gunakan Play-Doh ni. Bukan apa risau masuk dalam mulut. Yerla anak aku pun baru nak masuk 3 Tahun pada 28 September ni. Memula dia ingat Play-Doh ni benda makan. Heeeheee….

Play-Doh

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com 

Jumpa Sabtu ni ya! #playdohmonth2015

Play-Doh

Readers Comments (2)

  1. Betul-betul siap potong dengan pembaris. konon-konon pisau. HEhehee

  2. Terkenang masa bebudak dulu main Playdoh ni. Habis meja sekolah dulu melekat benda ni.

Comments are closed.