AirAsia dan Kidzania meraikan Hari Kanak-Kanak Antrabangsa dengan aktiviti menarik

Airasia Kidzania Childrean Day

Hari Ahad 18 November kami sekeluarga telah di jemput untuk menghadiri acara antara kerjasama AirAsia dan Kidzania untuk menyambut Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Acara yang di adakan di Kidzania ini penuh dengan program istimewa di mana kanak-kanak dapat merasai pengalaman bersinar bagaikan AllStar. Nama yang di berikan kepada pekerja AirAsia.

Sebagai sebahagian dari acara tersebut, AirAsia dan Kidzania telah mengadakan aktiviti yang penuh dengan keseronokan. Kanak-kanak dapat di beri peluang untuk memainkan peranan sebagai Chef, di mana mereka dapat merasai peluang untuk membuat pizza yang merupakan antara menu kanak-kanak yang ada semasa penerbagan AirAsia. Mereka juga di ajar untuk sentiasa kelihatan rapi dan yakin dengan senyuman sama seperti AirAsia award-winning cabin crew yang mana sesi rapi ini di adakan khas buat mereka.

Airasia Kidzania International Children Day

Ketua Komersial Air Asia, Spencer Lee berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada acara ini untuk meraikan kanak-kanak dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami, KidZania Kuala Lumpur kerana memberi peluang istimewa ini pada Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Ia amat menggembirakan bagi kami di AirAsia untuk melihat senyuman di wajah kanak-kanak di mana mereka berharap untuk menjadi Allstars kecil kami. Ini juga merupakan peluang bagi kami untuk  untuk memastikan anak-anak ini dapat membesar dengan selamat, inovatif dan persekitaran yang kaya dengan pengalaman, seperti yang ditawarkan KidZania”.

Airasia Kidzania International Children Day

Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad berkata, “Kami sangat senang hati terlibat dalam inisiatif ini untuk meraikan kanak-kanak, sebab itulah tujuan utama kewujudan kami. Di KidZania Kuala Lumpur, kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang bermakna bagi menanamkan nilai-nilai hebat dan kaya dengan pengalaman untuk kanak-kanak. Kami berharap dapat melihat lebih banyak kerjasama yang akan menyumbang untuk mendidik generasi masa depan kita seperti inisiatif ini dengan rakan pemikiran yang lebih maju seperti AirAsia Berhad. ”

Di akhir acara tersebut persembahan percussion dari teamArtistic &RightZKeeper.

Dinamakan sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut, AirAsia berusaha untuk menawarkan pengalaman kabin terbaik untuk menjadikan penerbangan lebih menyeronokkan untuk semua tetamu. Ini termasuk produk dan perkhidmatan yang dibangunkan terutamanya tetamu muda, termasuk hidangan ringan Lil ‘Star Combo Meal yang baru dilancarkan, pelbagai jenis barangan AirAsia dan hiburan inframerah ROKKI percuma yang menampilkan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan episod terkini siri animasi Malaysia Ejen Ali.

Peminat Ejen Ali yang memnunjukan pembungkusan Ejen Ali Lil ‘Star Combo yang terdapat pada penerbangan AirAsia Malaysia (kod syarikat penerbangan AK) dan AirAsia X Malaysia (D7) di kaunter jualan KidZania juga boleh menikmati 30% diskaun dari kos masuk KidZania Kuala Lumpur.

Airasia Kiacdzania International Children Day

AirAsia dan Ejen Ali juga menjemput ibu bapa untuk menghantar foto anak-anak mereka melalui Facebook, Instagram dan Twitter AirAsia bermula sekarang hingga 31 Disember 2017 sebagai sebahagian daripada kempen #MisiAspirasiAirAsia untuk memberi lebih inspirasi dan kuasa kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin masa depan dunia.

Sepuluh kanak-kanak yang bertuah akan dipilih untuk menyertai Ejen Ali dan AirAsia dalam misi rahsia untuk membawa lebih banyak bantuan dan kegembiraan kepada dunia, dan juga akan menerima hadiah menarik termasuk penerbangan AirAsia percuma selama setahun untuk keluarga. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di www.ejenali.my/airasia.

Untuk maklumat terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Airasia Kidzania International Children Day 6

(Visited 3 times, 1 visits today)