Cara merawat resdung dan petua merawat resdung

Cara Merawat Resdung dan Petua Rawatan Resdung Wajib Tahu

9 tip resdung

Cara Merawat Resdung & Petua Rawatan Resdung Wajib Tahu

Cara merawat Resdung

Petua merawat Resdung

Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan Zizan, ramai yang setuju Zizan sering dikaitkan dengan masalah resdung. Mungkin sebab hidungnya yang besar merupakan punca utama Zizan sering dikaitkan dengan resdung. Tetapi tiada siapa yang dapat berikan bukti bahawa Zizan menghadapi masalah resdung. Pada musim-musim rajalawak, maha raja lawak mega yang lepas, beberapa peserta sering menggunakan saiz hidung Zizan dan resdung sebagai ‘PUNCH LINE’ bagi persembahan lawak mereka. Ada juga desas-desus daripada rakan-rakan mengatakan Zizan pernah dilihat mengunjungi pusat rawatan resdung.

Oh gosip-gosip beginilah yang buatkan ‘lifestyle’ artis makin panas.

Sekiranya anda ada masalah yang sama anda juga boleh cuba cara bantu merawat resdung sendiri di rumah. Berikut merupakan 9 petua untuk menghilangkan hidung tersumbat akibat resdung yang mungkin anda terkepas pandang.

1. Cuba Gunakan ‘Face Towel’.

  • Anda boleh gunakan face towel untuk bantu selesakan hidung akibat selsema.
  • Lembapkan face towel dengan air suam-suam kuku.
  • Gulungkan face towel anda seperti hot dog dan letakkan di atas plate dalam oven anda . Panaskan dalam jangkamasa 10 ke 15 minit.
  • Dalam posisi baring, letakkan face towel yang panas itu di tengah-tengah permukaan muka. Sekiranya towel anda kecil utamakan kawasan hidung anda. Biarkan dalam jangkamasa 5 ke 10 minit.
  • Kemudian hembus dan baring semula sekitar 10 ke 15 minit.
9 petua rawatan resdung

Cara merawat Resdung

 

2. Gunakan Wap Air.

Saya dapat banyak maklum balas mengatakan amat susah untuk hasilkan wap air di rumah. Leceh dan macam-macam alasan. Ok. Saya berikan caranya bagaimana nak hasilkan ‘stim’ hanya menggunakan heater shower di rumah.

  • Hidupkan shower pada ‘setting’ paling panas dan tutup pintu bilik air.
  • Tunggu dalam 5 ke 10 minit atau sehingga bilik air anda kelihatan berwap, duduk di dalam bilik air selama 15 minit dengan keadaan shower masih dialirkan.
  • Kemudian, setiap 5 minit anda boleh hembus hidung anda untuk singkirkan hingus.
9 tip rawatan resdung

Cara merawat Resdung

3. Lakukan Aktiviti Ringan.

Kadang-kadang, dengan melakukan sedikit senaman dan aktiviti ringan mampu untuk bantu hilangkan hidung tersumbat.

Sebagai contoh:

Aktiviti di rumah

  • berkebun seperti mencabut rumput dan menyiram pokok bunga.
  • kayuh basikal.
  • bawa anak ke padang permainan.

Aktiviti di pejabat

  • gunakan tangga bukannya lif.
  • parking kereta agak jauh dari pejabat.
  • makan di restoran sedikit jauh dari pejabat.

Semasa aktiviti ini , hembus untuk keluarkan hingus yang tersumbat.

4. Penggemar Sushi. Gunakan Wasabi !

Bagi penggemar makan jepun seperti sushi king , cuba cara merawat resdung dengan meletakkan sedikit wasabi di setiap sushi yang ingin anda makan. Wasabi mampu untuk ‘clear’ hidung tersumbat dengan segera. Kalau tak minat makanan jepun, bolehlah makan makanan yang agak pedas seperti tomyam. Apa sahaja makanan yang pedas mampu memberikan kesan yang sama.

 

9 tip rawatan resdung

Cara merawat Resdung

 

5. Baring , Tinggikan Sedikit Kepala.

Baring dalam posisi terlentang, tinggikan sedikit posisi kepala. Relak dan tenang.

Hembus hidung setiap 10 minit.

6. Elakkan Minum Susu.

Dalam proses cara merawat resdung sebaiknya, sebarang makanan atau minuman yang berasaskan susu perlu dielakkan kerana ianya sedikit sebanyak menyumbang ke arah memekatkan lagi cecair dalam hidung.

7. Gunakan Garam Bukit.

Gunakan sedikit garam bukit. Letakkan 2 ke 3 sudu garam bukit dan gaulkan dalam baldi yang berisi air panas. Boleh gunakan heater shower.

Tutupkan kepala dengan towel dan hadapkan muka betul-betul di atas baldi tadi.

Setelah 10 ke 15 minit, hembus hidung perlahan-lahan.

8. Urutan Pada Hidung.

Letakkan jari di kiri dan kanan hidung pada sebelah atas hidung. Kenakan sedikit tekanan dan tekan pada satu titik dan lakukan urutan secara bulatan. Lakukan sekurang-kurangnya 20 kali pusingan pada satu arah.

Setelah selesai urut hidung anda, serta merta hembus.

Cara merawat Resdung

Cara merawat Resdung

9. Air Suam seperti Teh ‘O’ Panas.

Cara merawat resdung yang paling mudah, ideal dan relax. Minum air panas, air suam atau teh ‘O’ panas. Ia memang membantu untuk selesakan hidung anda. Untuk lebih menarik campurkan sedikit madu  serta perahkan sedikit lemon.

Petua rawatan resdung

Cara merawat Resdung

 

***Keserasian petua dan cara merawat resdung ni bergantung kepada tahap resdung korang. Tak salah pun cuba bukan keluar duit beratus pun kan? Untuk Kenal pasti masalah dan punca resdung korang boleh baca post tanda-tanda resdung

Nak cuba produk baru yang dapat membantu mengurangkan masalah resdung anda? Layari Seri Emas untuk info lanjut.

Kerap sakit lutut? Cer baca ni sakit lutut

Nak ketahui banyak lagi review & tips? Rajin-rajin singgah Imahtalks