7 tips menggunakan minyak wangi

Ini merupakan tips mencari dan menggunakan minyak wangi yang seuai secara betul.

1) Semburkan minyak wangi pada kertas. Dan letakkan kertas tersebut pada jarak 1 kaki dan kipaskan. Di sini korang akan dapat pastikan adakah perfume ini dapat di hidu pada jarak tersebut atau syok-syok sendiri jer bau sorang-sorang.

2) Semburkan minyak wangi ke udara dan lalui menerusinya. Supaya bau minyak wangi tadi dapat hinggap bukan setakat pada pakaian tetapi pada kulit atau muka.

3) Semburkan minyak wangi ke pergelangan tangan dan perhatikan bauan yang bertindak balas dengan kehangatan kulit korang.

4) Jangan semburkan di dada korang kerana di sebabkan itu ia akan menyebabkan keradangan atau jerawat pada kulit. Atau korang hanya perlu spray di tisu dan letakkan tisu tersebut di ehem-ehem.

5) Pada siang hari sembur pada bahagian pergelangan tangan, belakang lutut dan perut.

6) Pada malam pula semburkan di belakang leher.

7) Jangan semburkan wangian ke atas pakaian yang berwarna cerah kerana ia akan meninggalkan kesan kuning pada pakaian tersebut.