Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3182

5 Sebab Kenapa 'Body Lotion' Lebih Cute Daripada Kucing Anda

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda


latest

Setuju tak sekiranya anda mengenakan ‘body lotion’ setiap hari ialah salah satu daripada beberapa cara
untuk memanjakan diri sendiri.

‘Bath body lotion’ mampu perangkap kelembapan dalam kulit dan semestinya dapat elakkan kulit menjadi kering.
‘Body care lotion’ pula melembutkan dan melicinkan permukaan kasar kulit seperti di siku,lutut dan tumit, kemudian tukarkan kulit anda jadi lebih menarik dan ‘shining-shining’ gitew.

Losyen badan yang berkualiti dapat remajakan kulit anda. Saya yakin mewakili berjuta-juta peminat losyen badan, bersetuju, ianya memberikan terlalu banyak kebaikan sekiranya anda amalkan secara kerap.

1. Menyegarkan kulit kering.
Sekiranya anda sering kali bekerja luar pejabat dan kulit kerap terdedah kepada sinaran matahari yang lama, mampu menyebabkan sel kulit cepat tua dan mati.

Anda perlukan tip anti penuaan ?
Saya cadangkan anda gunakan losyen badan sekerap mungkin, terutamanya dikawasan kulit yang terdedah. Sentiasa bawa losyen badan dalam beg anda.

Bukan sahaja sinaran matahari perlu anda elakkan , anda juga perlu berhati-hati apabila
cuca terlalu sejuk semasa anda pergi melancong atau ‘out station’ kerana cuca sejuk juga penyebab
kulit senang berkedut dan kering.

Kenakan losyen badan hanya selepas mandi kerana ia mampu perangkapkan air dan kelembapan
pada kulit.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

2. Bau harum dan rasa keyakinan diri meningkat.
Anda tentu suka bagaimana rasanya krim losyen apabila disapukan pada kaki yang lenguh dan letih.

Hayati sensasi yang menenangkan apabila losyen disapukan pada kaki dan tangan. Di kedai-kedai seperti Guardian , Watson juga menawarkan pelbagai jenis ‘body lotion’ dengan pelbagai jenis haruman.

Pilih haruman yang serasi dan kenakan losyen haruman yang dipilih mengikut ‘mood’ anda pada hari tersebut.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

3. Bantu anda relax dan hilangkan “stress”.
Walaupun keadaan kulit anda ok malah tidak perlu dikenakan losyen, sebaliknya cuba sapukan losyen di tapak dan pergelangan tangan.

Tip: Kenakan losyen yang dipanaskan terlebih dahulu untuk bangkitkan dan hidupkan kembali deria kulit anda.

Urutan lembut dan manja secara putaran berterusan mampu untuk hilangkan stress, lenguh-lenguh badan serta seimbangkan hormon untuk buatkan anda rasa segar.

Urutan losyen bagaikan satu hadiah yang mencerminkan kasih sayang kepada seseorang yang rasa amat letih dan terlalu sibuk bekerja.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

4. Lembutkan bahagian kulit anda yang paling kasar.
Adakah kaki anda kering setelah dicukur ? Bagaimana pula dengan telapak tangan yang kasar ataupun tumit kaki yang keras ?

Tidak kiralah apakah jenis gaya hidup anda sama ada bekerja di pejabat, sering ‘out station’ atau terlibat dengan aktiviti lasak, losyen badan mampu manjakan diri serta menjadi teman rapat sepanjang perjalanan hidup.

Tip: Letakkan losyen di beberapa kawasan dalam rumah anda seperti
A. Sebelah sofa di ruang tamu. Sambil relak menonton TV, losyen amatlah sesuai disapu.
B. Dapur sebelah sinki. Amat sesuai digunakan setelah selesai mencuci pinggan.
C. Bilik tidur sebelah katil. Sebelum tidur losyen disapu pada kaki dan tangan.

Gunakan imaginasi dan pastikan setip losyen yang diletakkan di kawasan berbeza mempunyai haruman berbeza.

5.Jadikan kulit anda ‘Glow’.
Terdapat pelbagai jenis pilihan yang dapat ‘glow ’ dan kilatkan tona kulit anda.Agen Mencerahkan kulit selalunya di letakkan dalam losyen untuk menghasilkan permukaaan berkilau sekiranya dikenakan pada kulit.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

Ada beberapa jenis losyen mampu untuk mencerahkan kulit dan membuang sisa kulit mati dan hidupkan kembali tisu kulit yang lemah.

Ramai antara anda memilih kucing yang comel berbanding losyen badan. Pada pandangan saya kucing mampu hilangkan stress anda dengan gelagat-gelagat mereka yang comel, manakala losyen pula mampu manjakan kulit anda dengan urutan serta haruman yang menenangkan.
Apa komen anda ? Anda ada tip penggunaan losyen? Kongsikan di bawah.