6 Perkara Gila ( tapi benar ) Mengenai Jerawat | imahtalks.com

6 Perkara Gila ( tapi benar ) Mengenai Jerawat


mirandakerr-acne

Jerawat, acne, pimple dan zits? Siapa yang tak pernah alami? Rata-rata  semua orang akan menghadapi masalah kulit ini walaupun wajahnya secantik Miranda Kerr model Victoria Secret. Oppss!!!  Bukan sahaja pada peringkat remaja malahan orang dewasa bangka juga akan ada masalah jerawat. (Ya, aku pun ada) Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan tanda hodoh ini dari berlaku. Nah… aku sediakan 6 perkara gila tapi benar mengenai jerawat.

1. Hampir 20% usia yang ada masalah jeratawat bukanlah remaja.

Mungkin korang anggap ini gurauan. Menurut kajian Dermatologi US, jerawat ringan dan sederhana dihidapi oleh 40 ke 50 juta penduduknya. Dan jerawat secara amnya mula tumbuh apabila seseorang itu akil-baligh dan melibatkan 100% remaja. Dan ramai sangkakan jerawat hanya menyerang kumpulan umur remaja sahaja, sebaliknya tidak terhad kepada umur tertentu sahaja. Secara faktanya 20% dewasa yang berumur diantara 25 dan 44 tahun mempunyai masalah jerawat.

2. Koko atau coklat , makanan berminyak punca utama jerawat ?

Jerawat, Pimple, acne, zits

Koko, coklat tidak mengakibatkan pertambahan jerawat. Begitu juga pizza atau pun kentang goreng. Sehingga kini terlalu sedikit ‘Evidence’ yang menunjukkan makanan penyebab jerawat. Tetapi dengan makan makanan yang sihat serta cara hidup sihat boleh mengurangkan jerawat.

3. Rajin cuci muka boleh hilangkan jerawat? Fakta mengatakan sebaliknya.

Jerawat, pimple, acne, zits

Terlalu mencuci dengan mengenakan agen pencuci kamikal yang kerap dapat mencederakan dan mengeringkan kulit. Sistem kulit akan seimbangkan kandungan minyak pada muka seterusnya menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan. Jika korang cuci muka secara berlebihan dengan bahan rawatan atau sapu produk berlebihan pada jerawat juga akan menghasilkan kesan minyak yang sama. Jadi apa yang perlu di lakukan hanya amalkan krim siang dan krim malam serta jaga kelembapan kulit mampu membantu kecutkan jerawat. Hanya 3 langkah mudah. Ulang rejim ini cuci, rawat dan lembapkan kulit. Macam 3 steps dari Clinique Anti Blemish Solution.

4. Make-up berunsurkan mineral-oil penyebab jerawat.

Sebenarnya bukan sahaja make-up yang mengandungi mineral-oil penyebab jerawat. Ia termasuklah produk untuk rambut seperti pencuci, krim, spraydan minyak rambut yang mengandungi mineral-oil juga penyumbang kepada penghasilan jerawat.

5. Dedahkan kulit di bawah cahaya matahari mampu kecutkan jerawat.

Jerawat, pimple, acne, zits

Ya memang mampu mengawal jerawat sekiranya diantara 10 ke 20 minit sahaja setiap hari. Tetapi kesannya amat bahaya sekiranya terlalu lama terdedah kepada matahari, iaitu mampu meninggalkan kesan hitam pada parut jerawat dan juga menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Tip power: Tak kisah berapa lama di bawah sinaran matahari, sun-block atau BB Cream mengandungi SPF sepatutnya membantu anda.

6. Faktor luaran boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

pimple, acne, zits, jerawat

Anda boleh salahkan sarung bantal, ‘handphone’ yang nampak bersih tapi sebenarnya penuh dengan bakteria, persekitaran yang berminyak, persekitaran yang berhabuk.

Untuk rumuskan posting pada kali ini. Janganlah terpedaya dan salahkan makanan kegemaran korang seperti coklat or fastfood. Boleh makan tapi kurangkan pengambilan. Kalau dah hari-hari fastfood mana tak macam kawah bulan muka korang. Salahkan diri sendiri kerana tidak memilih gaya hidup yang sihat.  K.. tata!