Melawat ke DermalogicaThermal Soul Cheras Taman Connaught | imahtalks.com

Melawat ke DermalogicaThermal Soul Cheras Taman Connaught


Hari ni destinasi aku ke Dermalogica Thermal Soul Cheras. Sempena promotion yang di buat kat center yang terpilih. Sambutan agak memberangsangkan. Sesampai jer aku kat sana. Aku di beri form khas untuk di penuhi. Ada 3 check point.

 

Check point yang pertama ialah skin analysis. Kat sini dia akan periksa kulit kita dan dia akan tanya apa main concern kita. Aku pun terus jer la jawab acne scar. Sambil dia belek-belek muka aku dia kata muka ni kering. Jadi aku perlu gunakan cleansing milk, toner, spf moisturiser dan mask.

 

Sampai ke check point yang kedua. Sesi mencuba produk Dermalogica yang telah di tentukan oleh skin analysis tadi.Siap ada hairnet takut rambut basah. Dapat gak cuba benda free. Dalam 5-6 benda gak la macam aku senaraikan tadi.

 

Dermalogica Event

 Dah selesai sesi cuba-mencuba. Sesi yang terakhir ambil gambar bersama produk Dermalogica. Mana tau ada rezeki menang RM5000. Siapa tak nak? Kena lengkapkan ketiga-tiga acara tadi barulah dapat sampel free iaitu cleansing form. Memang berbaloi… Aku suka layanan orang kat sini. Semuanyer ramah dan lemah lembut. Bukan setakat tu jer. Beautician dia orang semua cantik2 belaka. Muka pun flawless.

20130915_121422

20130915_121532

 Ha ni la sampel yang aku dapat hari tu. Dermalogica Special Cleansing Gel.

20130925_234536

Aku akan rembat juga benda ni satu hari nanti. Aku suka kan spf moisture dia sebab kaler skintone. Tak payah nak pakai foundation tebal2… Just dab 2-3 tempat sapu rata. Dah siap! Senang betul.

Kalau korang nak tau kat mana lagi Dermalogica akan pergi…. Rajin2 la follow page dia.

Dermalogica Fanpage